Sabtu, 6 Jun 2009

hIdUp JaNgAn mEmIlIh!!!!!

Salam...
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru
falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti
cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?
guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia
kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak
membawa sebatang ranting pun...?
pelajar menjawab: saya hanya terpaksa
memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh
mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan
menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu
saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain
daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun
akhirnya.
gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula
pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?
guru:ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah
kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan
tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling
cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu
perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia
datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut
tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?
pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku
hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan
kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal
kerana tidak memilihnya...
maka guru itu menjawab: itulah
perkahwinan....... . . . . . . .

Kesimpulannya... janganlah terlalu
memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Kalau dah dapat yang
rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat.. Lepas tu, cepat-cepat kumpul
duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan