Selasa, 21 Julai 2009

care2 nk tgglkn chinta!!

ada banyak cara memutuskan cinta.taraf ekstrimnya terdasar mengikut jantina juga.
tapi ada sesetengah situasi, perempuan lebih kejam dari lelaki.ada pula di sedikit2 kes, lelaki lebih menghinakan diri dari perempuan.semua terpulang pada pemutus tersebut.
tetapi secara amnya,
1) gaya direct
contoh;
i) "saya tetap dengan agama saya. maaf. saya tidak mungkin akan tukar pegangan hidup saya. Allahu akbar"
ii) "i tak boleh blah dengan perempuan yang tak boleh terima life i. mak bapak i pun tak banyak bunyi macam u"
iii) "awak dah pilih dia. saya redha"
2) gaya pusing2
contoh:
i) "bukan saya tak nak. tapi A cakap awak kata B suka kat awak, lepas tu saya tanya C, dia kata A ckp benda yang betul... blablabla (semakin ramai huruf yang akan mula keluar, sampai serabut)
"ii) "ntah... saya pun tak tahu... awak baik... tapi saya tak boleh sayang awak... mak saya... lepas tu dulu masa saya kecik2... (semakin merapu)"
iii) "bukan salah awak. saya yang jahat. saya kejam. saya tak pakai tudung. saya minum arak. saya kaki joget. saya hisap dadah. saya saya saya saya. bukan awak....... (bukankah yang sepatutnya minta putus, pasangan itu, kalau dah mcm2 haramnya perangai sang peminta putus?)"
iv) "i ada barah otak"
3) gaya freestyle
i) melalui sms: "sorry. i cant be with you"
ii) melalui kawan2: "dia cakap dia tak mau jumpa kau lagi"
iii) terus diam tanpa memberitahu apa2 status.
apa2 gaya sekali pun, cara mencincang perhubungan (walaupun seiras), tidak sama dengan kaedah melangkah pergi dari kekasih di negara2 luar. faktor2 seperti budaya dan adat resam sangat mempengaruhi perbuatan kita sehari2, sekuat mana kita jeritkan kita ini anti budaya.
it is just within us.
deal with it.
kategori2 yang masih tidak lengkap di atas hanyalah cebisan2 dari realiti yang sebenar.
dan harus kamu maklum, ia cuma digunapakai mereka2 yang masih berada di fasa pre-marital, atau di takuk percintaan.
jelas, cerai-nikah bukan sesuatu yang mudah.
hari ini perbincangan akan hanya menyentuh putus-sambung pasangan yang belum diikat. bagaimana mudahnya meluah 'selamat tinggal', sama ada dari bibir sendiri atau melalu suara penyanyi yang menyanyikan perasaan hatinya dengan lebih tepat.
oh, klise hidup remaja.
1) terpandang / diperkenalkan melalui rakan2
2) sokongan padu dari teman2 yang kononnya kasihan melihat kamu sendirian ketika mereka diulit cinta dewa-dewi
3) mula cenderung minat
4) fasa terlanggar tangan, meremang bulu roma
5) sedikit2 mencari alasan indah untuk bersama (contohnya dia rajin sembahyang, ibubapanya baik, sijilnya phd)
6) terikat dalam satu hubungan khas yang bermula dengan penyataan "kitorg sudah declare"
7) tempoh 3-4 bulan paling indah dalam dunia
8) mula rasa rimas kerana tidak tahu ke mana hala tuju. hendak kahwin, belum mahu / mampu.
9) perangai asal muncul setakuk2.
10) ulang langkah 1 hingga 9
11) guna salah satu kaedah memutus di awal perbincangan tadi: a) gaya direct, b) gaya pusing2, atau c) gaya freestyle.
memang mudah untuk angkat kaki. ibu bapa yang tidak berapa peduli kerana sudah begitu maklum yang itu cinta monyet, dan kawan2 yang sudah terlalu mengenali kamu itu pasti akan menopang kamu di setiap masa jatuh bangun.
maka yang tinggal hanyalah kamu.
persoalan mahu terus atau tidak. kalau terus, blablablabla. kalau putus, blablablabla. semua atas kamu. berbuih2 mulut orang menasihat pun, kalau sudah tidak mahu, tidak mahu juga.
kan?
kadang2, kamu tahu apa jawapan soalan2 yang bermain dalam kepala. cuma kamu hendak dengar perkara yang sama dari bibir orang lain. supaya tidak kamu rasa cuma kamu yang berfikir sedemikian perkara.
mungkin, agar di satu hari yang jawapan itu menikam kamu dari belakang, ada juga seseorang untuk sama2 menanggungnya.
contoh:
ada teman lelaki kaki pukul.
ada abang yang sering mencuri.
ada bapa yang menyentuh kamu secara tidak betul.
ada teman yang menggunakan wang kamu berhari2.
so which method you will use to destroy a heart?
or do u hve been dump with ways such as above?
humm..
=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan