Khamis, 16 Julai 2009

first time tulis novel..bace jelah

Cerita Sebuah Cinta
Sejak zaman persekolah lagi, aku sememangnya meminati
Ruhaiza, tingkah laku dan lembut budi bahasa yang tinggi benar-benar memerangkap dan menawan hatiku di saat itu. Kebetulan kami belajar di kelas yang sama sejak dari tingkatan satu hingga ke tingkatan lima.

Jika ada kelapangan waktu aku pasti tidak akan melepaskan peluang mencuri pandang dan bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran dengan gadisyang memiliki
seraut wajah meruntun perasaan itu.



Ruhaiza yang terkenal dengan kepintarannya tidak langsung lokek dengan ilmu.

Jangan kata aku, sesiapa saja yang inginkan
bantuan tidak pernah dikecewakan. Dengan senyuman semanis madu, Ruhaiza akan cuba menyelesaikan setiap masalah pelajaran yang mereka hadapi. Sayangnya, Ruhaiza tidak seperti gadis-gadis lain yang aku kenali, jinak-jinak merpati, mudah melemparkan senyuman tetapi begitu payah untuk didekati.



Kini zaman persekolahan, zaman paling indah untuk dikenang itu, sudah berakhir.

Ruhaiza menganggap aku tidak lebih dari
seorang teman biasa dan aku terpaksa memendam perasaan, menyintainya dalam diam.

Aku tidak ubah seperti pungguk rindukan purnama mengambang, mengharap kasih yang
belum pasti.

Aku kekadang menjadi seperti orang bodoh
menyintai dan memuja Ruhaiza dalam diam walaupun aku dapat rasakan Ruhaiza juga seperti aku. cuma kami sama-sama tidak meluahkan perasaan masing-masing. Entahlah, itu hanyalah telahanku.



Sehingga ke saat ini lapan tahun masa berlalu, aku sendiri tidak pasti mengapa Ruhaiza sering hadir dalam mimpi-mimpiku,
mimpi yang aku alami kadang-kadang begitu sukar untuk ditafsirkan dan meninggalkan kesan yang begitu mendalam.

Semalam aku bermimpi lagi di tengah-tengah lautan manusia di kawasan padang yang lapang aku lengkap dengan sepadang baju Melayu putih dan bersamping begitu juga Ruhaiza
memakai sepasang baju kurung sutera putih siap bertudung menggenggam erattanganku tanpa mahu melepaskannya.

Disaksikan seorang tua juga berjubah putih aku selamat
dinikahkan dengan Ruhaiza.

Terkejut dari mimpi jam di dinding
menunjukkan ke angka 2 pagi. Ahh.. aku bermimpi lagi,
seandainya ia adalah realiti, akulah manusia paling bahagia di dalam dunia ini kerana berjaya memperisterikan Ruhaiza.



Segala apa yang aku rasakan semuanya aku ceritakan pada ibu, hanya ibu saja yang tahu perasaan anak lelakinya ini.

Walaupun
di satu ketika dulu ibu pernah menyuruh aku melupakan saja Ruhaiza daridalam hidupku. Ibu, maafkan aku. Mana mungkin aku dapat melupakan dirinya dari ingatan ini. Gadis sebaik Mimi Ruhaiza, anggun nama seanggun wajah, sempurna segalanya yang aku kira, tidak ada pada gadis lain. Akan aku jaga dirinya sebaik mungkin andainya dia menjadi milik aku satu hari nanti.



Hari ini keputusan nekad telah aku ambil, biar apayang terjadi aku perlu berterus-terang dengan Ruhaiza.

Akan kulontarkan
segala perasaan ego yang menebal dalam diri. Aku telah mendapat semangat baru, segalanya perlu aku ceritakan pada Ruhaiza. Aku perlu berterus-terang, cukuplah selama lapan tahun aku memendam perasaan padanya.

Terlalu siksa dan sengsara rasanya menanggung beban rindu ini yang semakin hari semakin
mencengkam jiwa.



Seperti yang dijanjikan, aku tiba setengah jam lebih awal di restoran Awana tempat kami dan kawan-kawan yang lain sering
bertemu sewaktu di zaman persekolahan dulu termasuk sewaktu sambutan hari lahir Ruhaiza yang ke tujuh belas tahun. Dan masih kuingat Ruhaiza memeluk dan mencium riang hadiah teddy bear pink yang aku beri padanya tanpa memperdulikan hadiah teman-teman yang lain.



"Hai Tengku, apa khabar?"

Satu suara lembut mengejutkan aku dari lamunan. Suarayang aku rindui dan sentiasa terngiang-ngiang di telinga.



"Ru... Ru.. Ruhaiza, khabar ba... baiikk.

" Buat sekian kalinya setelah hampir lapan tahun tidak bertemu wajah sekadar
bertanya khabar melalui telefon, Ruhaiza yang aku puja-puja selama ini berada di depan mata.



Mataku tidak berkelip memandang puteri pujaan hatiku itu. Ruhaiza tetap seperti dulu tidak berubah malah kejelitaan wajahnya semakin terserlah ditambah dengan kulitnya yang putih melepak membuatkan dirinya tak ubah laksana seorang puteri raja. Banyak mata yang memandang kehadirannya di restoran pada petang itu.

Lesung pipit yang menjadi igauanku nampak
terserlah apabila dia melemparkan senyuman padaku.Baju kurung sutera putih yang dipakai tidak ubah seperti yang dipakainya dalam mimpi aku dulu. Ahh Ruhaiza, aku benar-benar terpegun dengan kejelitaan gadis tinggi lampai ini.



"Kenapa ni Tengku... macam ada yang tak kena je.

"Ruhaiza agak hairan kerana aku asyik benar merenung wajah yang aku rindui
sejak 8 tahun yang lalu.



"Tak.. tak ada apa-apa... ," kataku sambil menghirupiced lemon tea yang menjadi kegemaran aku dan Ruhaiza sambil mataku masih tidak lepas menatap wajahnya.



"Tengku nampak macholah.. sekarang sure dah ada special girlfriend ni... " Ruhaiza ketawa manja sambil merenung tajam ke
arahku.

Sifat manjanya masih tidak berubah, tetap seperti dulu

Setelah masing-masing bertanya khabar dan bercerita tentang diri masing-masing, aku akhirnya mengambil kesempatan untuk
berterus-terang dan meluahkan segala-galanya yang terpendam di hatiku sejak sekian lamanya kepada puteri pujaan hatiku itu.



Sebaik sahaja mendengar penjelasan dari mulutku, aku lihat ada
manik-manik jernih mengalir dari sepasang mata bundarnya dan dia dengan tergesa-gesa terus meminta diri untuk pulang dengan alasan ada perkara mustahak yang perlu diselesaikan. Katanya dia akan menghubungi telefon tanganku pada malam itu. Malam itu puas aku menunggu sehingga jam menunjukkan ke angka 3 pagi tetapi panggilan dari Ruhaiza tidak juga aku terima. Aku cuba menghubungi telefon tangannya tapi tidak berjaya.



Hampir seminggu lamanya aku terputus hubungan dengan
Ruhaiza, pulang dari pejabat petang itu aku lihat ada satu sampul surat besar di atas hi-fi di ruang tamu.

Dari tulisannya aku sudah
mengagak pengirimnya pasti Ruhaiza... buah hati kesayanganku.



Untuk teman yang sentiasa dalam ingatan... Tengku Rizal Hariz...

Doa dan harapan Iza semoga dirimu berada di dalam keadaan yang menyenangkan dan dilindungi oleh Allah selalu hendaknya. Saya mengenali awak sejak di zaman persekolahan lagi. Lima tahun kitabelajar di kelas yang sama dan di sepanjang mengenali awak saya akui saya memang terlalu sukakan awak. Awak memang seorang lelaki yang baik. Saya suka cara dan sikap awak yang bersahaja dalam segalanya. Awak memenuhi ciri-ciri lelaki idaman saya.



Seperti awak saya juga memendam perasaan, saya juga menyintai awak dalam diam. Sering juga saya ingin berterus-terang tetapi melihatkan sikap awak yang bersahaja saya batalkan niat suci saya itu. Saya perempuan, saya malu andainya nanti saya dikatakan seperti perigi mencari timba. Hampir lapan tahun lamanya saya menanti dan mengharap cinta dari awak.


Kenapa dan mengapa?

Setelah lapan tahun berlalu baru kini awak hendakberterus-terang yang awak cintakan saya.

Kenapa tidak dari dulu? Seperti
awak saya juga sering termimpi-mimpikan awak. Awak sering hadir dalam mimpi-mimpi indah saya, saya cukup bahagia dan gembira walaupun ia hanya sekadar sebuah mimpi indah saya yang pasti tidak akan ada kesudahannya.



Apabila melanjutkan pelajaran ke menara gading, ramai yang ingin mendekati saya.

Tetapi kesemuanya saya tolak dan
menganggap mereka sebagai teman biasa kerana bagi saya awak adalah kekasih hati saya walaupun tidak secara rasmi. Kadang-kadang saya begitu kasihan pada diri sendiri kerana terlalu sukakan awak dan menjadi kekasih yang begitu setia.

Gambar-gambar kenangan sewaktu kita sama-sama menyertai
aktiviti-aktiviti sekolah saya simpan rapi di dalam album yang ditempah khas berbentuk hati berwarna pink, warna kegemaran
awak dan saya.



Maafkan saya, saya juga mendapat sekeping gambar awak
melalui teman baik awak juga sepupu saya sendiri iaitu Azlan Shah. Saya besarkan dan bingkaikan gambar awak dan saya gantungkan dalam bilik tidur saya. Sewaktu di universiti dulu ramai teman yang memuji ketampanan awak. Walaupun hati saya berbunga bangga dengan pujian itu tetapi sikap cemburu tetap terselit di hati perempuan saya ini.

Bukan awak tidak tahu
saya begitu kuat cemburu orangnya...

Teman baik awak, Azlan Shah, sewaktu di tingkatan limadulu tahu segala-galanya tentah rahsia hati saya.

Dia banyak
berikan nasihat dan menjadi pendengar setia saya. Jika saya punya sebarang masalah dia dengan senang hati cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya. Hanya dia seorang saja yang menjadi teman setia saya dan tempat untuk saya meluahkan segala-galanya tentang awak.

Selain itu dia jugalah yang
mengambil berat tentang hal kedua orang tua saya sewaktu saya
melanjutkan pelajaran dulu. Bukan awak tidak tahu saya anak tunggal dalam keluarga.



Lapan tahun masa berlalu putaran masa mengubah segalanya.

Maafkan saya sekali lagi, bingkai gambar awak telahpun saya
turunkan. Begitu juga dengan teddy bear pink pemberian awak yang menjadi kesayangan saya telahpun saya berikan pada orang lain... pada anak saudara kesayangan saya Indera Putra. Saya tidak mahu lagi mengingati kenangan manis sewaktu saya pernah mengenali awak.

Segalanya telahpun saya lontarkan
dari dalam hidup saya.

Saya hanya mampu merancang
segala-galanya... .



Pinangan yang sampai ke rumah ini tiga bulan yang lalu telah pun diterima dengan senang hati oleh kedua orang tua saya.

Saya
tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Perlukah saya menolak lamaran itu lantas melukai hati mereka? Perlukah saya menjadi anak derhaka hanya kerana seorang lelaki yang ketika itu tidak saya tahu lagi isi hatinya? Biar apa pun pinangan telah diterima.

Apa lagi yang dapat saya katakan?

Cuma yang amat saya kesalkan mengapa awak mengambil
masa yang begitu lama, hampir lapan tahun, untuk berterus-terang yang awak cintakan saya... berminggu lamanya saya berendam air mata menyesali apa yang terjadi. Awak hadir di saat saya menjadi tunangan orang dan akhirnya saya terpaksa akur dengan ketentuan Ilahi untuk menyatakan jodoh antara kita memang tiada. Minggu depan sahlah saya menjadi isteri orang.



Terus-terang saya katakan saya tak berupaya untukmelupakan awak dari dalam ingatan ini.

Awak tetap dan akan selamanya
bertakhta di hati saya. Cuma apa yang saya kesalkan untuk sepanjang hayat sayakenapa awak mengambil masa yang begitu lama hanya untuk sebaris ayat AKU CINTA PADAMU... Ayat yang saya tunggu-tunggu untuk sekian lamanya.



Dan akhir kata saya mohon jutaan kemaafan di sepanjang
perkenalan kita selama ini.

Jangan lupa untuk hadir ke majlis persandingan saya nanti danbuat kali terakhir teringin rasanya untuk melihat awak menepung tawar saya di atas pelamin walaupun selama ini saya mengimpikan awak yang akan duduk
bersanding bersama-sama saya.



Dari kejauhan ini saya sentiasa mendoakan semoga kehidupan awak akan sentiasa bahagia dan dilindungi Allah selalu.

Saya
yakin lelaki sebaik awak pastinya akan dikurniakan seorang isteri sempurnayang dapat membahagiakan hidup awak di dunia dan akhirat.



Buat pertama kalinya di dalam hidup aku menitiskan air mata lelakiku. Warkah dari Ruhaiza terlepas dari genggaman. Dapatkah aku meneruskan hidup ini tanpa Ruhaiza di sisi.

Air mata lelakiku
gugur lagi.



Kad undangan perkahwinan berwarna pink bernetuk dua hati yang ditempah indah itu aku tatapi. Mimi Ruhaiza & Azlan Shah. Biar apapun yang terjadi aku yakin dan pasti memang telah tersurat jodoh aku dan Ruhaiza masih tetap ada cuma masanya belum tiba.



Ruhaiza kesayanganku... aku akan tetap menanti dirimu biarpun untuk seribu tahun lagi...

(crte nie tuk someone)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan