Sabtu, 25 Julai 2009

jiwang lah beb

"Hakikatnya, dia tersesat di dalam lohong cinta. Satu ruang yang amat pedih, gelap dan menyesakkan jiwa. dia juga tidak mampu mencari jalan keluar. Ada ketika dia bagai diseru, agar terus berdiam di situ kerana sesekali jiwanya percaya, karma cintanya tersimpan di situ."

"Apa yang bersisa padanya kini hanya suatu warna kelabu yang dibiarkan sepi menemani hidup. Warna itu hadir pada suatu ketika yang lalu. Kuatkan semangat! Itulah kata-kata yang tertulis dalam kitab jiwa, yang membuatkan dia kuat dalam menempuh sengsara dan duka."

"Walau jiwanya hampir hilang disergah petualang dan biar angannya melayang kencang, namun dia yakin dalam dirinya sentiasa ada satu bintang. Cahaya itulah yang akan terus berkerdipan di dalam gelap mencurah kasih dan sayang. dia harus kuatkan tekad mengharungi segala dugaan dan kesukaran yang mendatang."

"Jika cinta itu sebenarnya malapetaka, mengapa masih ada yang mencari? Jika cinta itu adalah anugerah, mengapa masih ada insan yang disakiti dan berasa sakit sendirian kerana terseksa?"

"Jika ada yang bertanya, katakan aku sudah tiada. Jika dia menanti, katakan aku sudah pergi dan jika dia mencari, katakan aku sudah mati!"

"Laman cinta ini sememangnya penuh duri, kerikil dan lalang. Tersilap langkah hati boleh terluka dan berparut dalam."

"Cinta itu adalah hati seorang anak Adam. Cinta membawa berita gembira dari syurgawi. Cinta itu berisikan semangkuk penuh genangan air mata. Cinta itu kalau diperhalusi adalah wadah penderitaan yang dibungkus keindahan. Cinta itu memang indah biarpun cinta sebenarnya bauran penderitaan."

"Cinta tidak bererti memiliki. Tetapi cinta juga bukan bermaksud melukai."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan